Begitu besar peranan wanita di dunia ini. Sebagai anak yang perlu menjaga nama baik ayah dan ibunya. Sebagai isteri yang menjaga kehormatan dan maruah seorang suami. Sebagai ibu yang membimbing anak2 ke jalan yang diredhai Allah.
Wanita juga perlu menjaga maruah dan harga dirinya agar tidak terus dihina dan dipandang rendah oleh insan lain.
Terbaca satu cerita disebuah majalah. Mengenai seorang wanita yang begitu setia pada cinta lelaki. Yang terlalu jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Tapi sayang, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasannya dipermainkan. Kerana cinta dan sayang, dia sanggup menyerahkan segalanya namun akhirnya dihina dan dituduh sebagai wanita yang tidak bermaruah.
Itulah akibatnya andai seorang wanita gagal menjaga maruah dan kehormatannya. Sejujur mana pun, seikhlas dan sesetia mana pun, malah sebaik mana pun dia, dia tetap akan terus dipandang rendah hanya kerana gagal dalam menjaga diri sendiri. Kerana pada pemikiran manusia, wanita yang perlu dipandang mulia adalah wanita yang pandai menjaga ahklaknya....
Saturday, December 12, 2009
WANITA
Posted by Nurul Fazdasima Omar at 8:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment