BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 20, 2009

CINTA TERAKHIR

Lirik nie sbnrnye dr seseorg kpd seseorng.. Tak perlu kot disebut namanya.. Hehe...

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan cinta kita

Kau ayu di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya takdir dari Tuhan

TAHAJJUD CINTA

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud

dah tkde idea nk cite ape2.. lagu nie lirik dia sggh mendlm.. hayatilh...

Monday, December 14, 2009

CINTA SEMPURNA

Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku dari mu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba
Aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifat mu
Tulusnya hati mu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diri ku
Kerna aku tak mampu
Tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Dari mu
Dari mu....

Bukan aku tak pernah mengerti diri mu
Ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu akhirkan semua
Dan bila kau sedar aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifat mu
Tulusnya hati mu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diri ku
Kerna aku tak mampu
Tuk menanggung sebuah cinta sempurna
Dari mu
Dari mu....

Saturday, December 12, 2009

Hargai Air Mata Wanita

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata si ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti". Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan". Hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Tuhan berkata :

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan keselesaan"

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya"

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tabah ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh"

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya"

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadangkala menguji kekuatan dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bila-bila masa ia memerlukan"

"Kau tahu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, rupa yang ditampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya"

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana disitulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada"

WANITA

Begitu besar peranan wanita di dunia ini. Sebagai anak yang perlu menjaga nama baik ayah dan ibunya. Sebagai isteri yang menjaga kehormatan dan maruah seorang suami. Sebagai ibu yang membimbing anak2 ke jalan yang diredhai Allah.

Wanita juga perlu menjaga maruah dan harga dirinya agar tidak terus dihina dan dipandang rendah oleh insan lain.

Terbaca satu cerita disebuah majalah. Mengenai seorang wanita yang begitu setia pada cinta lelaki. Yang terlalu jujur dan ikhlas dalam perhubungan. Tapi sayang, kesetiaan, kejujuran dan keikhlasannya dipermainkan. Kerana cinta dan sayang, dia sanggup menyerahkan segalanya namun akhirnya dihina dan dituduh sebagai wanita yang tidak bermaruah.

Itulah akibatnya andai seorang wanita gagal menjaga maruah dan kehormatannya. Sejujur mana pun, seikhlas dan sesetia mana pun, malah sebaik mana pun dia, dia tetap akan terus dipandang rendah hanya kerana gagal dalam menjaga diri sendiri. Kerana pada pemikiran manusia, wanita yang perlu dipandang mulia adalah wanita yang pandai menjaga ahklaknya....

Wednesday, December 9, 2009

DIA DI HATI KU


Tgk title pun dah tentu semua faham kan siapa dia di hati ku... Tak nak tulis byk2 sekadar nak bg tau dia lah lelaki terbaik.. T'lalu byk impian yg aku harapkan bersama dgn dia... Aku dan dia same2 tak sempurna.. Tp kami saling cuba lengkap melengkapi.. Kami tak terlepas dari buat silap tp saling cuba memaafkan.. Doa ku setiap hari agar kami terus saling menyayangi..

Aku Sayang Padamu

Taukah engkau kekasih
Apa yang s'lalu aku rasakan
Disaat-saat aku sedang sendiri
Selalu saja ingat padamu

Aku sayang padamu
Aku ingin dirimu
Selalu bersamaku
Aku sayang padamu

Aku sayang....aku sayang....padamu

Taukah engkau kekasih
Apa yang s'lalu aku pikirkan
Disaat-saat aku sedang sendiri
Aku selalu memikirkanmu

Aku sayang padamu
Aku ingin dirimu
Selalu bersamaku
Aku sayang padamu

Aku sayang..aku sayang padamuuu.......

Tuesday, December 8, 2009

NANTI, NANTI & NANTI


Heheh... Nape title camtu? Sbb dari sehari ke sehari aku asyik kata nanti, nanti & nanti tuk cite tentang sambutan ry hj tahun nie... Nak kongsi kemeriahan bersama u all semua... Sambutan tak lah se"grand" mane tp semangat kekeluargaan dan kerjasama sesame ahli yang buat sambutan tue meriah sesangat..

Sebenarnye dah lame jgk aku tak balik kampung sambut raya haji.. Pada aku raya haji tak semeriah raya aidilfitri.. Tu yang jarang balik.. Tapi memandangkan tahun nie atok aku buat korban dan nak buat kenduri sekali jadi aku dan family pun balik.. Hehe.. Tak sangka meriah sangat.. Siang selepas solat jumaat semua bergotong royong kerja kan lembu korban tue.. Malamnye kami buat BBQ..Hehe..

Masa kenduri di pagi raya selepas solat sunat hari raya, ade lah buat kenduri sikit.. Sekali kan dengan kenduri kesyukuran sempena Aidil (my brother) mendapat 5A dalam UPSR.. Syukur sangat2.. Ada juga lah wakil dalam keluarga aku yang dapat 5A.. Nak harap aku, hehe... Tak yah cite lah.. Dah berjaya sampai tahap nie pun dah syukur sangat kan.. hehe...

Semoga hubungan kekeluargaan antara kami semua kekal selamanya.. Biar lah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang, diharap tak delah sampai putus keluarga.. Setiap masalah pasti ada penyelesaian nya.. Ape yang penting? KERJASAMA... Hehe..